KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila kenyataan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mendakwa Parlimen gagal dan mengaitkan isu apartheid dalam pengagihan peruntukan dibantah Ahli Parlimen kerajaan. Kekecohan itu tercetus selepas Shahidan meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa peruntukan masih tidak diberikan kepada pembangkang selain mempersoalkan peranan Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri (JPM). “Unit itu kononnya menjadi agensi pusat yang unggul dalam penyelarasan pembangunan…










