KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memperkukuh pelaksanaan kuota satu peratus pengambilan pekerja dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) di sektor awam. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sasaran itu masih belum dicapai dan menjelaskan bahawa kuota berkenaan bukan hanya tanggungjawab kementeriannya, tetapi juga komitmen bersama kerajaan. “KPWKM telah berbincang dengan JPA untuk mengemas kini data supaya jelas bahawa…










