KUALA LUMPUR: Subsidi tiket penerbangan bagi laluan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan akan diteruskan bagi Krismas bulan hadapan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi tahun 2025, jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan mencecah RM19.5 juta merangkumi 39,744 tiket. Katanya, penumpang hanya perlu membayar harga maksimum RM499, sementara tiket di bawah harga siling dijual pada harga pasaran. “Tanpa subsidi, harga tiket penerbangan sehala bagi laluan…










