KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,164,667 akaun Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) telah dibuka oleh rakyat Malaysia sejak 2004 hingga 30 September 2025 dengan jumlah keseluruhan deposit mencecah RM22.47 bilion. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, daripada jumlah itu, 6,031,204 akaun merupakan akaun Simpan SSPN Prime dengan deposit berjumlah RM20.33 bilion, manakala 1,133,473 akaun adalah akaun Simpan SSPN Plus melibatkan deposit sebanyak RM2.14 bilion. “Pencapaian ini menunjukkan…










