Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 1,567 orang

Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 1,567 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 1,567 orang berbanding 750 malam tadi.

Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa daripada 631 keluarga itu sedang berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, daerah Kota Bharu, Tumpat dan Bachok menjadi lokasi yang terjejas dengan musibah berkenaan.

“Tumpat daerah paling teruk terjejas apabila melibatkan seramai 629 mangsa diikuti Bachok (562) dan Kota Bharu (376),” katanya.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, hujan lebat peringkat buruk dijangka berterusan berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga esok.

“Pada masa sama hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga Rabu ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN