SUBANG: Pusat Latihan Pengaman di Port Dickson terus beroperasi walaupun misi terakhir Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13 ke Lubnan telah berlepas hari ini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, pusat berkenaan bukan sahaja melatih anggota sebelum berlepas ke Lubnan, tetapi turut menjalankan pelbagai kursus berkaitan operasi keamanan antarabangsa. Beliau menjelaskan, pusat latihan itu kini diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas beberapa tahun menjalankan latihan bertaraf antarabangsa di…










