Lubnan buat aduan ke PBB berhubung pembinaan tembok Israel

Lubnan buat aduan ke PBB berhubung pembinaan tembok Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Lubnan akan mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Israel berhubung pembinaan tembok konkrit di sempadan yang dikatakan melangkaui garisan biru, demikian menurut kenyataan pejabat Presiden Lubnan pada semalam.

Garisan Biru adalah sempadan yang dipetakan oleh PBB yang memisahkan Lubnan daripada Israel serta Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Pasukan Israel berundur ke Garisan Biru apabila meninggalkan selatan Lubnan pada tahun 2000.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, berkata pada Jumaat lalu mengenai tembok berkenaan menyebabkan lebih 4,000 meter persegi wilayah Lubnan tidak dapat diakses oleh penduduk tempatan.

Dujarric turut memaklumkan Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) telah meminta tembok tersebut dialihkan.

Pejabat Presiden Lubnan dalam kenyataan tersebut menyifatkan pembinaan berterusan Israel sebagai pencerobohan terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB serta mencabuli kedaulatan dan integriti wilayah negara tersebut.

Seorang jurucakap tentera Israel menafikan tembok berkenaan melangkaui Garisan Biru.

“Tembok ini adalah sebahagian daripada pelan menyeluruh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang bermula pada 2022.

“Sejak permulaan perang dan berdasarkan pengajaran yang diperoleh, IDF telah melaksanakan pelbagai langkah, termasuk memperkukuh penghadang fizikal di sempadan utara,” katanya.

UNIFIL, ditubuhkan pada 1978, beroperasi antara Sungai Litani di utara dan Garisan Biru di selatan, dengan lebih 10,000 anggota tentera dari 50 negara serta kira-kira 800 kakitangan awam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN