KUALA PILAH: Kesesakan jalan raya yang sering berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah terutama pada hujung minggu dan cuti perayaan dikatakan juga berpunca daripada tempoh masa lampu isyarat yang singkat di persimpangan Ampang Tinggi di sini. Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi juga mendapati tempoh lampu hijau di persimpangan tersebut hanyalah beberapa saat sebelum bertukar merah, menyebabkan tidak sampai empat kenderaan sempat melepasi persimpangan berkenaan. Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan kelancaran trafik…










