Kubur sejarah tumpuan pelancong terbiar

Kubur sejarah tumpuan pelancong terbiar

PENDUDUK menunjukkan kubur yang dikatakan kubur Mat Arshad iaitu penterjemahan bahasa kepada J.W.W. Birch di Bandar Bharu, Pulau Besar di Pasir Salak, Perak – MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Kubur yang dikatakan menjadi tempat bersemadi Mat Arshad iaitu penterjemah bahasa kepada Residen British pertama Perak, J.W.W. Birch yang mati dibunuh 150 tahun lalu didapati dalam keadaan terbiar.

Seorang penduduk, Salleh Ismail, 31, berkata, kubur yang terletak di Bandar Bharu, Pulau Besar, Kampung Gajah itu kini terbiar, ditumbuhi belukar sehingga sukar untuk dimasuk ike kawasan tersebut.

Katanya, sepatutnya kubur tersebut dibersihkan sebagai tarikan pelancong sejarah.

“Sepatutnya kubur ini di­bersihkan kerana Mat Arshad orang Melayu juga dan tidak kisahlah dia bekerja dengan siapa pada zaman itu. Mungkin dia terpaksa bekerja de­ngan British.

“Sebelum ini , 15 tahun lalu ramai pelancong singgah melawat makam Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Sultan Perak Ke-19) dan kubur Mat Arshad, pada masa itu keadaan kubur masih terjaga, ada pagar, bersih dan ada papan tanda.

“Tetapi sekarang terdapat banyak pokok besar berusia lebih 100 tahun yang ditanam rapat di kawasan kubur tersebut kini sudah mula tumbang dan sebahagiannya merosakkan kubur, siapa berani datang?,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Menurutnya, bukan mahu mengagungkan atau mengiktiraf pendudukan penjajah khususnya British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu tapi sekurang-kurangnya kubur tersebut sebaiknya dijaga.

“Mana-mana bahagian yang rosak, perlu dibetulkan sedangkan kubur J.W.W. Birch di sini dipagar,” katanya.

Tarikh 2 November lalu genap 150 tahun berlakunya pembunuhan Residen British pertama Perak, J.W.W. Birch di Pasir Salak. Kubur Birch terletak di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN