PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penjualan dan pengiklanan produk ASGG Gluta Genc Glow Gummies selepas didapati mengandungi bahan aktif yang melanggar Akta Makanan 1983. KKM dalam kenyataan berkata, produk tersebut mengandungi Glutathione iaitu bahan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Belas, Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sebagai nutrien yang dibenarkan ditambah ke dalam makanan. “Bahan ini tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam makanan dan sebarang produk mengandungi Glutathione perlu berdaftar…










