KUALA LUMPUR: Semua Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), termasuk lantikan politik, kini diwajibkan mengisytihar harta. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, kewajipan itu bertujuan memperkukuh integriti dalam tadbir urus syarikat, selaras dengan Garis Panduan Tadbir Urus Ahli Lembaga Pengarah Syarikat MKD Tahun 2024. “Perisytiharan harta perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun, dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan terdahulu.…

								
											








