KUBANG PASU: Akhirnya penduduk di sekitar Kampung Kemboja di sini dapat menghela nafas lega apabila laluan di Sungai Korok yang sering menyaksikan berlaku kemalangan maut, kini ditambah baik untuk faktor keselamatan. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jalan tersebut kini dilengkapi penghadang keselamatan di beberapa lokasi termasuk tempat kemalangan tragis tersebut serta 35 tiang lampu solar dan pemantul jalan. Seorang penduduk, Hashim Arob, 69, berkata, mereka ternanti-nantikan penambahbaikan jalan tersebut sejak sekian…










