Ibu tunggal dipenjara tipu alamat daftar sekolah anak

Ibu tunggal dipenjara tipu alamat daftar sekolah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara seminggu terhadap seorang wanita selepas didapati bersalah menipu alamat tempat tinggal untuk mendaftarkan anaknya di sebuah sekolah rendah popular.

Mahkamah dimaklumkan wanita itu memberikan alamat palsu bagi meningkatkan peluang anaknya diterima masuk ke sekolah berkenaan.

Pendakwa raya pada mulanya mencadangkan hukuman denda, namun hakim menjatuhkan hukuman penjara atas alasan kes berkenaan melibatkan penipuan dirancang serta menunjukkan niat mementingkan diri.

Selepas mendengar hukuman penjaranya, wanita berusia 42 tahun itu merayu kepada hakim agar diberi peluang kedua, sambil berkata dia tidak boleh dipenjara kerana anak perempuannya masih memerlukannya.

Identiti wanita berkenaan tidak didedahkan selepas mahkamah mengenakan perintah larangan penyiaran bagi melindungi anaknya yang masih di bawah umur.

Larangan itu turut meliputi nama sekolah terbabit, yang kini memindahkan kanak-kanak itu ke institusi lain.

Wanita tersebut sebelum ini mengaku bersalah pada September atas dua pertuduhan, memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan memberikan keterangan palsu ketika melaporkan pertukaran alamatnya.

Satu lagi pertuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu wanita itu sebenarnya tinggal bersama pasangannya dan anak perempuan yang berusia lapan tahun di alamat lain.

Beliau memiliki sebuah flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) yang disewakan kepada penyewa sejak tahun 2023 selama kira-kira dua tahun.

Namun, semasa pendaftaran murid Tahun Satu pada 2023, wanita itu menggunakan alamat flat berkenaan untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut melalui kategori keutamaan berdasarkan jarak rumah ke sekolah.

Pihak pendakwa tidak membantah cadangan denda sebanyak S$10,000 (RM35,000), sambil menyatakan kes itu merupakan ‘antara kes yang jarang dibawa ke mahkamah’.

Dalam rayuannya, wanita itu memohon hukuman lebih ringan kerana dia ibu tunggal yang perlu menjaga dua anaknya.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN