Hotel di Istanbul dikosongkan susulan kes keracunan tiga beranak

Hotel di Istanbul dikosongkan susulan kes keracunan tiga beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sebuah hotel di kawasan Fatih berhampiran tapak bersejarah Istanbul dikosongkan semalam selepas sekeluarga pelancong Turki-Jerman disyaki keracunan, mengakibatkan kematian ibu dan dua anak.

Menurut akhbar BirGun, semua tetamu yang menginap di hotel tersebut dipindahkan ke penginapan lain, namun jumlah mereka tidak didedahkan.

Sementara itu, dua pelancong lain yang menginap di hotel sama mengalami loya dan muntah serta dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Keluarga terbabit jatuh sakit pada 12 November selepas menikmati beberapa hidangan popular jalanan di kawasan tepi laut Ortakoy, berhampiran jambatan yang merentasi Selat Bosphorus.

Mereka segera dibawa ke hospital, tetapi dua kanak-kanak berusia enam dan tiga tahun meninggal dunia pada keesokan harinya, manakala ibu mereka meninggal sehari selepas itu, menurut Menteri Kehakiman Turkiye.

Bapa keluarga berkenaan dilaporkan masih dalam keadaan kritikal, menurut Ketua Kesihatan Wilayah Istanbul, Abdullah Emre Guner, pada Jumaat lalu.

Beberapa laporan media menyiasat pelbagai jenis makanan yang mungkin dimakan keluarga itu.

Bagaimanapun, pihak penyiasat turut menemukan bilik di tingkat bawah hotel yang baru-baru ini disembur dengan racun serangga, lapor laman berita Hurriyet semalam.

Polis menahan seorang pekerja hotel serta dua pekerja kawalan perosak, menjadikan jumlah individu ditahan berkaitan insiden itu sebanyak tujuh orang.

Keluarga berkenaan dilaporkan berasal dari Turkiye, tetapi menetap di Jerman dan sedang bercuti di Istanbul. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN