Himpunan depan Istana Kelantan: Polis serah kertas siasatan pada pendakwa raya

Himpunan depan Istana Kelantan: Polis serah kertas siasatan pada pendakwa raya

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) menyerahkan surat penghargaan kepada anggota yang semasa Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung himpunan depan Istana Negeri, Kubang Kerian pada 11 November lalu oleh 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu tindakan lanjut untuk proses pendakwaan.

“Setakat ini belum ada pendakwaan, namun kita (polis) sudah menyerahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya untuk pendakwaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Utusan Malaysia 13 November lalu melaporkan, sua bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin antara 13 individu  yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Mohd. Yusoff berkata, kedua-dua lelaki itu adalah antara lima individu yang dikesan positif dadah selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan.

Katanya, semua individu yang ditahan selepas berhimpun di depan Istana Negeri itu juga berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN