MELAKA: Gara-gara terasa hati dengan gurauan ibu yang meminta membayar semula kos ujian lesen memandu motosikal (B2), seorang pemuda nekad menghilangkan diri selepas keluar dari rumah keluarganya di Bukit Katil di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki berusia 18 tahun itu dilaporkan hilang sejak 1 November lalu sebelum berjaya dikesan hasil maklumat orang awam, semalam. Menurutnya, seorang lelaki memaklumkan ternampak pemuda itu…










