Graduan Perhebat jana RM10,000, jual produk kraf

Graduan Perhebat jana RM10,000, jual produk kraf sambil lengkapkan sijil

NUR Hasliza Ramli ketika menerima sijil yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Perhebat di Kompleks Perhebat, Kem Sungai Buloh, Selangor, semalam. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Seorang gra­duan program Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 sambil mengikuti pengajian program berkenaan.

Sarjan Nur Hasliza Ramli yang merupakan graduan dalam bidang Sijil Jurusan Usa­hawan Media Kreatif ber­kata, pendapatan sampingan yang diperolehnya adalah hasil daripada ilmu yang diterima sewaktu mengambil sijil tersebut.

Menurutnya, usaha tersebut dibuat secara separuh masa sambil memanfaatkan kemahiran yang diperoleh agar kemahiran tersebut mampu digunakan oleh dirinya selepas tamat perkhidmatan pada Disember tahun ini.

“Saya memasarkan produk melalui platform TikTok dan menerima tempahan kenduri serta jualan secara suka-suka, menjadikan pengalaman pembelajaran sebagai sumber pendapatan sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas berkenaan perancangan kerjaya masa depan selepas tamat perkhidmatan, Nur Hasliza berkata, dia bercadang untuk bekerja secara bebas.

“Setakat ini antara produk kraftangan yang telah saya hasilkan adalah seperti beg, cop baju dan produk kreatif.

“Hasil daripada sijil ini saya memperoleh pendapatan sampingan sambil memfokuskan diri kepada keluarga se­perti menguruskan anak-anak,” katanya.

Dia ditemui selepas Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program RPEL) dan Sijil Perhebat di Kompleks Perhebat, Kem Su­ngai Buloh, semalam.

Sementara itu, Leftenan Kolonel Mohamad Rizal Mohamad Noor yang merupakan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, beliau amat menghargai peluang ini diperoleh kerana dapat mengembangkan minat dalam industri muzik.

Dia yang mengikuti Diploma RPEL dalam jurusan Music Leading selama tiga bulan berkata, minat yang mendalam terhadap bidang muzik telah dikembangkannya sejak kecil.

“Perancangan saya selepas ini adalah untuk menghasilkan sebuah syarikat produksi muzik sendiri serta menubuhkan perniagaan yang boleh membekalkan peralatan audio dan pencahayaan bagi program di luar.

Setakat ini, seramai 2,867 anggota Angkatan Tentera Malaysia (TAM) telah menamatkan latihan peralihan di seluruh negara manakala 576 anggota dan veteran menerima Diploma Kemahiran Malaysia melalui program RPEL.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN