Graduan FKTK Unimap rekod kadar tertinggi diambil kerja dengan gaji premium - Utusan Malaysia

Graduan FKTK Unimap rekod kadar tertinggi diambil kerja dengan gaji premium

ZALIMAN Sauli (kiri) menyambut keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat dari kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tiga dari kiri) pada Istiadat Konvokesyen ke-20 Unimap di Dewan Tuanku Canselor, Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia (FKTK) di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) merekodkan kadar tertinggi graduan diambil bekerja, selain turut memperoleh gaji premium.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, fakulti itu turut mencatatkan pencapaian 100 peratus Kebolehpasaran Graduan (GE) bagi semua program selama tiga tahun berturut-turut.

Katanya, gabungan kecemerlangan akademik, pengalaman industri dan keaktifan kokurikulum menjadikan mahasiswa FKTK berdaya saing serta relevan dengan keperluan industri.

“Di Unimap seperti di FKTK, mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi turut dibentuk melalui sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah.

“Mereka aktif dalam pelbagai program seperti Chem-E-Car iaitu pertandingan mereka cipta kereta yang pergerakan melalui tindak balas kimia bertaraf antarabangsa dan InnovEATion War iaitu program inovasi menghasilkan formulasi makanan baharu dibawah kursus Food Product Development,” katanya bersempena Istiadat Konvokesyen Ke-20 Unimap di Dewan Tuanku Canselor di sini hari ini.

Istiadat konvokesyen itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Unimap.

Pada istiadat tersebut, seramai 378 termasuk 13 penerima anugerah kecemerlangan diraikan di mana 177 adalah bagi pengajian doktor falsafah (PhD) dan Sarjana manakala 201 lagi, siswazah FKTK.

Zaliman berkata, secara keseluruhan, seramai 3,568 siswazah merangkumi pengajian PhD, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma Kejuteraan dan Program Profesional diraikan pada konvokesyen kali ini.

“Konvokesyen kali ini juga istimewa kerana buat pertama kalinya idiadakan di Dewan Tuanku Canselor setelah hampir 25 tahun kita menantikan saat untuk memiliki dewan konvokesyen sendiri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN