PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan tanah seluas 106.542 hektar di Jalan Duta dikenali sebagai Duta Enclave, adalah milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh dipertikaikan. Mahkamah tertinggi negara itu semalam menolak permohonan Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. (Semantan) untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan tanah tersebut kekal menjadi milik kerajaan selepas membenarkan rayuan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan. Keputusan dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah…










