Dewi Persik nafi bermasam muka dengan Irish Bella - Utusan Malaysia

Dewi Persik nafi bermasam muka dengan Irish Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selebriti terkenal Indonesia, Dewi Persik menolak khabar angin yang kononnya dia bermasam muka dengan pelakon dan penyanyi, Irish Bella.

Lapor portal Liputan6, Dewi atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung memaklumkan cerita itu hanya fitnah yang direka untuk merosakkan hubungan mereka.

“Tidak ada. Saya belum berkesempatan menghubungi dia kerana sibuk dengena urusan pekerjaan. Mungkin dia juga sama.

“Mungkin dia juga faham bahawa khabar angin yang bertebaran ini sekadar berita palsu, jadi dia merasakan tidak perlu memberikan sebarang komen mengenainya,” katanya kepada media tempatan.

Dewi bagaimanapun berpandangan dia perlu menjelaskan keadaan sebenar agar masyarakat tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan.

“Mahu atau tidak, saya kena jelaskan. Bukan apa, demi menjaga keluarga besar. Saya ada ibu yang perasaannya perlu dijaga.

“Sekali lagi saya tegaskan tidak timbul masalah dan keadaan sebenarnya tenang sahaja,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang terkenal dengan goyang gergaji itu memaklumkan dia menerima positif apabila kebelakangan ini sering menjadi mangsa berita palsu.

“Saya tak faham apa puncanya. Mungkinkah saya ini terlalu ‘menyala’. Apa pun keadaannya, saya ambil positif sahaja. Yang penting saya sudah berikan penjelasan sebenar,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN