China sekat dua aplikasi temu janji songsang

China sekat dua aplikasi temu janji songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China mengarahkan dua aplikasi temu janji popular untuk golongan gay, Blued dan Finka, dikeluarkan daripada gedung aplikasi mudah alih negara itu, menurut Apple pada Selasa.

Langkah itu dilaksanakan atas arahan Pentadbiran Siber China (CAC), yang merupakan pengawal selia internet dan badan penapisan utama negara berkenaan.

“Berdasarkan arahan daripada CAC, kami mengeluarkan kedua-dua aplikasi ini daripada gedung China sahaja,” kata jurucakap Apple kepada AFP.

China tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, dan aktivis berkata diskriminasi terhadap komuniti LGBTQ semakin meningkat sejak kebelakangan ini, khususnya di bawah pentadbiran Presiden Xi Jinping.

Pengguna media sosial mula menyedari kehilangan aplikasi itu daripada gedung Apple dan Android hujung minggu lalu.

CAC sebelum ini turut mengenakan tindakan terhadap beberapa platform media sosial kerana isu pengurusan kandungan.

“Kami mematuhi undang-undang di setiap negara tempat kami beroperasi,” kata jurucakap Apple.

Menurutnya, awal tahun ini, pembangun aplikasi Finka memilih untuk mengeluarkan aplikasi itu daripada gedung luar China, manakala Blued hanya tersedia di negara tersebut.

AFP tidak dapat menghubungi CAC atau pemilik kedua-dua aplikasi itu untuk mendapatkan maklum balas.

Setakat Selasa, versi ringkas Blued masih boleh dimuat turun daripada gedung aplikasi Apple di China, manakala versi antarabangsa aplikasi itu yang dikenali sebagai HeeSay masih tersedia di luar China.

Dalam penerangan di gedung aplikasi Apple, HeeSay menyatakan pengguna akan menyertai ’54 juta individu LGBTQ+ di seluruh dunia’.

Aplikasi temu janji gay popular, Grindr dikeluarkan daripada gedung aplikasi di China pada 2022, bertepatan dengan kempen pembersihan siber oleh CAC menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Bagaimanapun, aplikasi Blued masih kekal boleh dimuat turun pada waktu itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN