Pasangan warga emas jual 200 kilogram limau nipis sehari

Pasangan warga emas jual 200 kilogram limau nipis sehari

HUSSIN Awang Ngah (kiri) dan Halizah Abdul Latif menunjukkan limau nipis yang dituai di kebun mereka di Kampung Keruak, Besut, Terengganu. – UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sepasang suami isteri warga emas di Kampung Keruak di sini mampu menjual sehingga 200 kilogram limau ni­pis dalam sehari pada Ramadan ini ekoran permintaan tinggi terhadap buah itu untuk digunakan dalam masakan.

Hussin Awang Ngah, 65 dan Halizah Abdul Latif, 63, telah mengusahakan sebanyak 450 pokok limau nipis sejak lapan tahun lalu di tanah berkeluasan 1.6 hektar.

Hussin berkata, bermula awal Ramadan lalu, permintaan buah tersebut me­ningkat mendadak sehingga mencecah 200 kilogram sehari untuk pasaran di daerah ini.

“Limau nipis adalah salah satu bahan yang digunakan dalam masakan harian dan ketika Ramadan ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peniaga bazar Ramadan dan restoran tempatan.

“Tambahan, kekurangan per­saingan dari negara jiran iaitu Thailand dan Vietnam menyebabkan limau nipis tempatan menjadi tumpuan pengguna,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurut Hussin, hasil penguatkuasaan di sempa­dan negara berjaya menangani kemasukan ‘ha­ram’ buah tersebut sekali gus membantu meningkatkan pengelua­ran serta jualan pengusaha tempatan.

Katanya, kini harga limau yang dipasarkan terus dari kebun kepada pengguna lebih stabil iaitu pada harga RM5 bagi satu kilogram dan mereka memperoleh buah yang segar.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×