Calon SPM patah kaki tidak patah semangat ulang kaji sendirian

Calon SPM patah kaki tidak patah semangat ulang kaji sendirian

MOHD. Izham Ruzaini Zakaria (duduk) bersama rakan baiknya sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk menduduki SPM di SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd. Izham Ruzaini Zakaria yang patah kaki tetap bersemangat menduduki peperiksaan awam itu meskipun terpaksa mengulangkaji secara bersendirian sepanjang tidak ke sekolah selama dua bulan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail yang kemalangan jalan raya di Sri Cemerlang awal bulan lalu berkata, sepanjang tempoh itu dia hanya ke hadir untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu dan Inggeris.

Katanya, selain itu dia turut mencari bahan rujukan melalui YouTube dan aplikasi TikTok bagi membantu pembelajaran.

“Pada masa sama, ada rakan-rakan membantu menghantar nota menerusi whatsApp. Alhamdulillah hari ini saya kembali semula ke sekolah untuk menduduki SPM walaupun terpaksa menggunakan tongkat.

“Ia sama sekali tidak mematahkan semangat untuk menduduki SPM walaupun persiapan tidak seperti pelajar lain,” katanya kepada pemberita sebelum menduduki peperiksaan SPM hari ini.

Mohd. Izham Ruzaini yang mengambil enam mata pelajaran berharap memperoleh keputusan cemerlang selepas ini.

Katanya, dia berharap keputusan itu dapat membantunya menyambung pengajian dalam bidang perkimpalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN