Belanjawan Selangor: Amirudin umum bonus tiga bulan gaji

Belanjawan Selangor: Amirudin umum bonus tiga bulan gaji

Bonus Selangor
AMIRUDIN Shari bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berjalan ke Wisma Dewan Negeri Selangor bagi membentangkan Belanjawan Selangor 2025, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam di Selangor sebanyak tiga bulan gaji.

BKK sebanyak satu bulan setengah gaji sudah pun disalurkan pada awal tahun ini. Manakala BKK kali kedua sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM1,000 akan disalurkan pada 18 Disember depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tersebut termasuk pemberian satu bulan elaun kepada kepemimpinan masyarakat seperti Majlis Pengurusan Kampung Komuniti (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun.

Menurutnya, jumlah sama turut diberikan kepada Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya serta Penggerak Belia Selangor (PEBS).

“Pentadbiran ini menggerakkan langkah berani reformasi bagi memasuki era baharu Selangor Juara.

“Bagi merealisasikan hasrat itu, kita memerlukan komitmen semua dan sebagai tanda penghargaan serta dorongan khidmat para penjawat awam kerajaan negeri mengumumkan BKK bagi tahun fiskal sebanyak tiga bulan gaji,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan Selangor 202n, hari ini.

Jelasnya, beliau tidak membacakan perkara itu dalam pembentangan belanjawan, namun ia tetap dianggap dibentang sebagai usul penuh Rang Undang-Undang Perbekalan Selangor 2026.

Amirudin menambah BKK turut diberikan kepada petugas masjid yang akan menerima RM500 melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Tahun lalu, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan negeri mengumumkan BKK tambahan sebanyak dua bulan kepada kakitangan awamnya.

Ia dibayar pada 30 Disember 2024 dan 25 Mac lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN