Banjir, tanah runtuh ragut lapan nyawa di pulau Sumatera

Banjir, tanah runtuh ragut lapan nyawa di pulau Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Banjir dan tanah runtuh meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa serta mencederakan puluhan penduduk selepas hujan lebat berterusan melanda pulau Sumatera, Indonesia.

Menurut agensi bencana kebangsaan (BNPB), cuaca ekstrem melanda Sumatera Utara sejak beberapa hari lalu, menyebabkan beberapa kawasan di daerah Tapanuli Selatan dinaiki air sejak Isnin lalu.

“Di Tapanuli Selatan, kejadian banjir dan tanah runtuh mengorbankan lapan orang, mencederakan 58 yang lain, dan memaksa 2,851 penduduk berpindah,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, agensi bencana daerah mengerahkan jentera berat untuk membersihkan runtuhan yang menutup laluan masuk ke kawasan berkenaan.

Sekurang-kurangnya tiga lagi daerah di wilayah itu turut terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, katanya.

Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), cuaca ekstrem itu berpunca daripada benih siklon, iaitu sistem cuaca yang berpotensi berkembang menjadi siklon tropika.

Musim monsun tahunan yang biasanya berlaku antara Jun hingga September sering membawa hujan lebat yang mencetuskan kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan penyakit bawaan air.

Perubahan iklim turut menjejaskan corak ribu, termasuk tempoh dan tahap keterukannya, sekali gus menyebabkan hujan lebat, banjir kilat serta tiupan angin lebih kuat.

Di Jawa Tengah sahaja, sekurang-kurangnya 38 orang terkorban pada November akibat tanah runtuh yang dicetuskan akibat hujan berterusan, manakala 13 lagi masih hilang.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN