KOTA BHARU: Lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz yang digantung di dinding bangunan milik Pas di pejabat pengurusan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa dekat sini tidak hangus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. Penyelia pusat berkenaan, Raja Roslan Raja Yaacob berkata, selain itu ayat Kursi yang digantung bersebelahan dengan lukisan turut terselamat dalam kejadian tersebut. “Alhamdulillah…









