PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pembangkang yang lantang mengkritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) dengan Amerika Syarikat (AS) tanpa memahami kandungan sebenar perjanjian tersebut. Menurut beliau, kritikan melulu tanpa asas itu mencerminkan tahap perbahasan politik negara yang masih rendah dan tidak berasaskan ilmu serta kefahaman mendalam terhadap isu yang dibangkitkan. “Kadang-kadang rakan-rakan di Parlimen bila ada perjanjian dengan Amerika Syarikat, terus kata kita mengalah, kita dijajah. Dah…









