Anggota polis terlibat dadah dicekup samun butik guna pistol tiruan

Anggota polis terlibat dadah dicekup samun butik guna pistol tiruan

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) semasa melakukan pemeriksaan barisan sempena Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang anggota polis yang digantung tugas setelah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dicekup malam tadi selepas menyamun sebuah sebuah butik barangan terpakai menggunakan senjata api tiruan pada 10 November lalu.

Suspek berusia 43 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik dicekup dalam serbuan disebuah rumah di Pengkalan Chepa disini pada pukul 7.05 malam.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, semasa serbuan pihaknya turut merampas 12 biji pil kemerahan yang dipercayai dadah.

Katanya, penangkapan suspek turut membawa kepada rampasan dua buah motosikal yang dipercayai digunakan semasa melakukan kegiatan tersebut.

“Sepucuk pistol tiruan, jam tangan (1), selipar (1), sarung tangan (1), beg sandang (2), topeng muka (2) dan topi keledar (3) turut dirampas.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan samun di kedai-kedai perniagaan dengan cara mengacukan senjata api bagi menakut-nakutkan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd Yusoff memberitahu, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, tangkapan itu berjaya selesaikan kes samun melibatan butik di sekitar Kota Bharu.

“Suspek dipercayai sudah melakukan empat kes samun menggunakan modus operandi yang sama. Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN