PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa daerah di Sarawak sehingga pukul 10 pagi ini.
Menerusi perkongsian dalam Facebook, MET Malaysia memaklumkan lokasi yang terjejas ialah Mukah, Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah, melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 10:00 pagi, hari ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN









