RAUB: “Umur saya 100 tahun, tetapi hati masih rasa macam cikgu muda,” seloroh Ishak Musa ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong. Dilahirkan pada 22 November 1925 di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, kampung sama yang melahirkan pahlawan Pahang, Mat Kilau, Ishak bukan sahaja mempunyai pertalian darah dengan tokoh pejuang itu malah mewarisi semangat juang dan cintakan tanah air. “Saya ini orang sekolah Melayu saja, tapi cikgu…










