KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah memfailkan notis rayuan terhadap sebahagian dapatan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang dibuat berkaitan dengan pemberian khas sebanyak 40 peratus kepada negeri Sabah. Notis rayuan tersebut difailkan semalam oleh Peguam Negara bagi pihak kerajaan selaku perayu di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Rayuan itu tidak melibatkan hak Sabah ke atas 40 peratus hasil bersih negeri seperti mana yang diputuskan oleh mahkamah tinggi itu ekoran permohonan semakan kehakiman oleh…










