8,248 mangsa banjir di Kelantan berlindung di PPS

8,248 mangsa banjir di Kelantan berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 8,248 mangsa banjir dari empat buah daerah di negeri ini masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami air sejak kelmarin.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 8.30 pagi tadi ke semua mangsa dari 3,022 berlindung di 33 buat PPS sekitar Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Katanya, Tumpat kekal sebagai daerah paling teruk terjejas selepas 4,358 mangsa berlindung di 10 buah PPS.

“Kota Bharu pula 2,271 mangsa, Bachok (1,493) dan Pasir Puteh (126),” katanya.

Sementara itu, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri ini sehingga esok melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN