1,214 hektar tanaman dibimbangi rosak akibat banjir termenung

1,214 hektar tanaman dibimbangi rosak akibat banjir termenung

PENDUDUK menunjukkan kunci air di Kampung Parit Satu Baruh di Hutan Melintang, Bagan Datuk. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Pekebun di beberapa buah kampung di sini bimbang tanaman seperti kelapa, kelapa sawit dan pisang yang diusahakan mungkin rosak akibat banjir termenung sejak kira-kira sebulan lalu.

Mereka menyatakan kebimbangan itu berikutan kunci air yang mengalirkan air keluar dari kawasan mereka ada yang tidak boleh berfungsi dengan baik.

Pengerusi Persatuan Penanam Kelapa Malaysia, Ramlee Hussin, 61, berkata, punca banjir termenung di beberapa kampung di sini disebabkan hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh .

Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah kunci air di beberapa buah kampung di sini tidak boleh dibuka untuk mengalirkan air keluar ke sungai.

“Sebanyak empat kampung air banjir yang bertakung dan air tidak boleh mengalir dengan sempurna disebabkan paras air laut tinggi di pintu kunci.

“Antara kampung yang dilanda banjir termenung adalah Kampung Parit Satu, Parit Dua, Parit Tiga dan Kampung Parit Dayang.

“Jika banjir termenung tidak dapat diatasi, kami bimbang tanaman seperti kelapa, kelapa sawit dan pisang akan rosak dan akhirnya mati,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau menganggarkan kawasan pertanian yang terjejas akibat banjir termenung seluas kira-kira 1,214 hektar.

Menurutnya, kerosakan pada tanaman pertanian tidak dapat dielakkan jika air terus bertakung apatah lagi dalam tempoh yang lama.

“Pada 2019 kejadian banjir termenung pernah berlaku menyebabkan banyak tanaman terjejas dan penduduk mengalami kerugian. Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan segera supaya penduduk tidak terus menanggung kerugian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN