BAGAN DATUK: Pekebun di beberapa buah kampung di sini bimbang tanaman seperti kelapa, kelapa sawit dan pisang yang diusahakan mungkin rosak akibat banjir termenung sejak kira-kira sebulan lalu. Mereka menyatakan kebimbangan itu berikutan kunci air yang mengalirkan air keluar dari kawasan mereka ada yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Pengerusi Persatuan Penanam Kelapa Malaysia, Ramlee Hussin, 61, berkata, punca banjir termenung di beberapa kampung di sini disebabkan hujan lebat berterusan…










