Wujud kelemahan dalam pendaftaran klinik swasta, bayaran tuntutan PH Corp.

Wujud kelemahan dalam pendaftaran klinik swasta, bayaran tuntutan PH Corp.

IJM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyiasatan tatakelola telah dilaksanakan berdasarkan maklumat diterima pada awal Januari tahun ini bahawa terdapat kelemahan dalam proses pendaftaran klinik swasta serta pengurusan bayaran tuntutan oleh Protect Health Corporation Sdn. Bhd. (PH Corp.) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Kelemahan itu berpotensi membuka ruang kepada risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sekali gus menjejaskan usaha meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan dan mengurangkan kos sara hidup.

Sebanyak lima syor telah dibentangkan Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada PH Corp. bagi penambahbaikan.

Syor itu adalah bagi meneliti amalan, sistem dan tatacara kerja pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dan Skim Perubatan Madani.

Antara cadangan itu ialah melaksanakan kajian keperluan berdasarkan data kepadatan penduduk B40 mengikut daerah atau Parlimen, melaksanakan audit fizikal secara berkala dan mengejut oleh unit bebas.

Sebagai contoh, membuat audit perubatan atau menubuhkan bahagian integriti bagi mengelakkan tuntutan palsu oleh klinik serta ketirisan dana kerajaan.

Cadangan lain termasuk menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) Bahagian Pengurusan Tuntutan dengan memasukkan prosedur pengesahan silang serta klausa pematuhan  penalti jelas dalam setiap SOP dan perjanjian dengan klinik swasta.

BPT SPRM turut mencadangkan promosi bersepadu dilaksanakan melalui media, kerjasama dengan persatuan perubatan serta penyediaan insentif dan sokongan maklumat bagi menggalakkan klinik dan makmal swasta menyertai skim perubatan di bawah PH Corp.

Sementara itu, Pengerusi Exco PH Corp., Mohd. Farrish Khalid berkata, pihaknya menerima baik lima syor penambahbaikan itu bagi memperkukuh aspek integriti dan tatakelola serta menyatakan komitmen untuk melaksanakan tindakan sewajarnya untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti.

Turut diadakan sesi menandatangani Laporan Pembentangan Penambahbaikan Tatakelola yang disempurnakan oleh Mohd. Farrish dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah III, BPT SPRM, Norazlina Abd. Rahim di Pejabat PH Corp. di Cyberjaya, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN