SHAH ALAM: Kerajaan Selangor digesa segera campur tangan bagi menyelesaikan isu pengusiran ternakan lembu di Ladang SD Guthrie, Sabak Bernam yang masih berlarutan sehingga kini. Gesaan itu susulan pelaksanaan operasi penangkapan terbaharu dilakukan pihak berkuasa di kawasan ladang berkenaan, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Penternak Marhaen Nasional, R. Vijayagandi berkata, tindakan itu menjejaskan penternak yang juga pemilik kepada lebih 600 lembu berkenaan. Katanya, penternak kini buntu memikirkan keadaan haiwan berkenaan berikutan…