KUBANG PASU: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) muncul juara Pertandingan Debat Perdana Integriti Piala Perdana Menteri (DPIPPM) 2025 di Universiti Utara Malaysia (UUM), malam tadi. Lebih manis, pendebat mereka, Muhammad Idham Hafizie Zainuddin dinobatkan selaku pendebat terbaik dalam pusingan akhir yang berlangsung sengit. Muhammad Idham Hafizie dan rakan sepasukan UPNM A menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada pertandingan yang bertemakan ‘Belia Berintegriti, Asas Ketahanan Negara’. Pasukan UPNM B…










