Tiga lagi ketua bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin

Tiga lagi ketua bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lagi ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipanggil memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin parti itu pagi ini.

Difahamkan ketiga-tiga mereka ialah Ketua Bahagian Puchong, Shukor Mustafa; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dan Ketua Bahagian Pendang serta Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Abdul Razak Khamis.

Mereka dijangka memberi keterangan berhubung beberapa pergolakan dalaman parti yang berlaku pada ketika ini.

Menurut jemputan media yang dihantar, prosiding Lembaga Disiplin akan dipengerusikan Datuk Mohammed Radzi Manan, dengan keanggotaan panel turut melibatkan Sasha Lyna Abdul Latif serta seorang lagi ahli yang dilantik.

Sebelum ini,  Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Selain Wan Saiful, turut dipecat ialah Ketua Bahagian Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail; Ketua Bahagian Ampang, Mohd. Isa Saidi; Ketua Bahagian Pendang, Abdul Razak Khamis dan Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd. Azrudin Md. Idris.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang juga ahli MPT digantung keahlian selama satu penggal.

Kesemua pemimpin berkenaan dipanggil oleh Lembaga Disiplin pada 8 Oktober lalu berhubung beberapa dakwaan, termasuk isu pengumpulan Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka didakwa terbabit mengumpul SD dalam kalangan ketua bahagian Bersatu di seluruh negara bagi mengusulkan perbincangan mengenai langkah transisi kepemimpinan parti kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN