PETALING JAYA: Sebarang acara atau majlis rasmi kerajaan tidak boleh dihidangkan minuman keras atau arak kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip atau dasar kerajaan. Perdana Menteri berkata, penjelasan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bahawa minuman keras hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali. Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memberi amaran keras kepada…