ISTANBUL: Jurucakap Global Sumud Flotilla (GSF) bagi kapal Maghreb, Wael Naouar, mengesahkan cubaan tentera laut Israel untuk memintas konvoi itu gagal, dan kapal-kapal flotilla terus mara ke Gaza tanpa sebarang halangan. Dalam kenyataan di Facebook, beliau berkata, tentera Israel pada mulanya cuba menyekat kapal utama Alma, tetapi seluruh armada berjaya melepasi tanpa halangan. Beliau juga menceritakan percubaan kedua apabila pasukan Israel melencong ke arah kapal utama lain, Sirius, namun kapal…