PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) digesa meluluskan sekurang-kurangnya 50 syarikat pelancongan dan pengelola haji/umrah berbanding 31 buah syarikat yang diluluskan setakat ini. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, langkah itu bukan sahaja memberi lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan yang berkelayakan, malah membantu bakal jemaah mendapatkan pilihan perkhidmatan yang lebih baik dan kompetitif. “Ketika ini terdapat lebih 1,000…










