Suasana pilu iringi pengebumian jenazah kanak-kanak maut dipukul dengan tukul  - Utusan Malaysia

Suasana pilu iringi pengebumian jenazah kanak-kanak maut dipukul dengan tukul 

NUR Ayuni Mohd. Kamaruzaman kelihatan sugul melihat pusara anaknya selepas urusan pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Suasana pilu menyelubungi kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Mujur, Jelawat di sini yang menjadi lokasi pengebumian jenazah kanak-kanak maut akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya dalam kejadian Khamis lalu.

Jenazah Muhammad Ammar Muhammad Badrul selesaikan dikebumikan pada pukul 10.50 malam dengan dihadiri bapa dan ibu mangsa iaitu Muhammad Badrul Remli serta Nur Ayuni Kamaruzaman.

Hampir 100 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk kampung turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Muhammad Ammar.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak berkenaan dibawa pulang ke rumah bapanya untuk disembahyangkan.

MUHAMMAD Badrul Rameli menyiramkan air  pusara anaknya selepas urusan pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

 

Muhammad Ammar menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.02 petang selepas bertarung nyawa selama seminggu semasa menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati apabila bertindak menggantung dirinya pada sebatang pokok ru selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek yang berusia 46 tahun menggantung dirinya pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini selepas melakukan perbuatan tersebut.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN