PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu gentar untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana tokoh atau individu berpengaruh di negara ini jika disyaki terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarpun berdepan kritikan pihak tertentu kononnya pemimpin berkenaan mempunyai jasa besar kepada negara, tetapi tindakan menangani jenayah itu tidak boleh dikompromi. “Saya pun aneh, SPRM ini ada keberanian mengambil tindakan, tetapi disergah,…










