KUALA LUMPUR: Singapura dan Indonesia menerima permohonan maaf Radio Televisyen Malaysia (RTM) susulan insiden kesilapan sebutan nama pemimpin kedua-dua negara itu dalam siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, beliau telah bertemu dengan wakil delegasi Indonesia dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, semalam bagi menyampaikan penjelasan serta permohonan maaf secara rasmi. Katanya,…










