64 rakyat Korea Selatan mangsa sindiket penipuan dihantar pulang

64 rakyat Korea Selatan mangsa sindiket penipuan dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: 64 rakyat Korea Selatan yang sebelum ini ditahan di Kemboja kerana didakwa terlibat dalam operasi penipuan siber pulang ke tanah air hari ini, menurut seorang pegawai polis kepada AFP.

Korea Selatan menghantar satu pasukan ke Kemboja pada Rabu untuk membincangkan kes-kes pekerjaan palsu dan pusat penipuan yang dikaitkan dengan penculikan puluhan warganegaranya.

“Seramai 64 warganegara baharu sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dengan penerbangan khas,” kata pegawai itu.

Seoul sebelum ini berkata, kira-kira 60 rakyat Korea Selatan ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja berhubung dakwaan jenayah itu dan berikrar untuk membawa mereka pulang.

Penasihat Keselamatan Negara, Wi Sung-lac sebelum ini berkata, individu yang ditahan termasuk kedua-dua peserta sukarela dan tidak sukarela dalam operasi penipuan tersebut.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Kemboja, Touch Sokhak, memberitahu AFP pada Jumaat, perjanjian pemulangan itu adalah hasil kerjasama baik dalam membanteras penipuan antara kedua-dua negara.

Seoul memaklumkan kira-kira 1,000 rakyat Korea Selatan dijangka terlibat dalam sindiket penipuan di Kemboja daripada sejumlah 200,000 individu yang bekerja dalam operasi berkenaan.

Sesetengan daripada mereka dipaksa di bawah ancaman keganasan untuk melakukan penipuan, termasuk skim pelaburan mata wang kripto yang membina kepercayaan dengan mangsa sebelum mencuri dana.

Industri haram bernilai berbilion dolar itu berkembang pesat di Kemboja dalam beberapa tahun kebelakangan, dengan ribuan individu terlibat dalam penipuan dalam talian, ada yang secara rela dan dipaksa oleh kumpulan jenayah terancang yang mengendalikan rangkaian penipuan, kata pakar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN