Jenazah pelajar UM dibawa ke Johor bagi pengebumian

Jenazah pelajar UM dibawa ke Johor bagi pengebumian

I
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenazah pelajar Universiti Malaya (UM) yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga di kolej kediamannya semalam akan dibawa ke Johor untuk dikebumikan.

Jenazah Ahmad Arif Zawir Mohd. Ali, selesai disolatkan sekitar pukul 9.50 pagi tadi di Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Solat jenazah dihadiri rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Ahmad Arif Zawir merupakan pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM.
Difahamkan, jenazah akan disolatkan sekali lagi di Surau Masjid Taman Rinting, Masai sebelum dikebumikan petang ini.

Terdahulu, pelajar itu dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.

Pihak universiti dalam kenyataan ringkas turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Bedah siasat terhadap penuntut Universiti Malaya (UM) yang maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya semalam mendapati tiada unsur jenayah dikesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN