BEIRUT: Israel meneruskan keganasan di Tebing Barat dan Lubnan, hanya sehari selepas rejim menghentikan peperangannya di Gaza. Tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran di selatan Lubnan pada awal pagi Sabtu, mengorbankan satu nyawa dan mencederakan tujuh yang lain. Serangan tersebut turut menyebabkan gangguan sementara pada lebuh raya yang menghubungkan Beirut dengan beberapa kawasan di selatan Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan negara itu. Serangan udara yang berlaku awal pagi di perkampungan Msayleh menyasarkan…