Sedia tadbir Sabah, PN sasar tanding 36 kerusi

Sedia tadbir Sabah, PN sasar tanding 36 kerusi

TAKIYUDDIN Hassan (tengah) semasa merasmikan Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) menyasarkan untuk bertanding di 36 daripada 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah sekali gus memberi bayangan sedia untuk mentadbir negeri berkenaan.

Ketua Whipnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN sedang meneliti individu yang layak untuk diberikan mandat sebagai calon pada PRN itu nanti.

“Selain itu, kita (PN) akan membentuk gabungan dengan parti-parti tempatan dan proses memuktamadkan perkara itu sedang dilakukan.

“Mengambil tarikh PRN Sabah belum diumumkan, ia memberi ruang dan kepada kami melibat bentuk gabungan yang sesuai untuk menghadapi pilihan raya itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, kesemua parti yang bertanding pada PRN Sabah memiliki peluang sama rata untuk menang.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, parti itu belum memuktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRN Sabah.

Katanya, jumlah tersebut masih di peringkat perbincangan dan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti-parti lain yang akan membentuk gabungan bersama PN nanti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN