PETALING JAYA: Rakyat Sabah di Semenanjung berharap kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan sistem undi pos menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN-17) Sabah pada 29 November ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata mereka tidak dapat pulang ke Sabah atas faktor tuntutan kerja, pengajian serta kos tiket penerbangan yang semakin meningkat. Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd. Amin Mohamad, 23, berkata, dia tidak dapat pulang ke Sabah untuk mengundi berikutan tuntutan pengajian yang baru sahaja bermula bagi…