KUALA LUMPUR: Malaysia menyifatkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–Korea (MKFTA) sebagai tepat pada masanya untuk memperkukuh hubungan dagang sedia ada dan memacu kerjasama strategik baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi global masa hadapan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata, perjanjian itu bukan sahaja memperluas potensi perdagangan dua hala, malah membuka ruang kepada pelaburan baharu dalam bidang ekonomi hijau, digital dan bioekonomi. “Kami melihat banyak…










